Foto FMT
Syed Husin Ali menyifatkan keputusan PRK Tanjung Piai - di
mana Pakatan Harapan (PH) kalah besar di tangan BN - adalah referendum terhadap
kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas timbalan presiden PKR itu berkata mesej yang
disampaikan cukup jelas.
Loading...
"Keputusannya paling jelas. Rakyat kecewa dan mahu ajar
PH, khususnya Dr Mahathir.
"Beliau harus tahu apa yang patut dilakukannya dengan
segera. Jangan dolak dalik lagi," katanya di Twitter.
Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) menunjukkan calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti besar, iaitu
15,086 undi.
Beliau mendapat 25,466 undi manakala calon PH Karmaine
Sardini hanya 10,380 undi.
loading...
Calon lain yang bertanding iaitu Wendy Subramaniam daripada
Gerakan mendapat 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) mendapat 850
undi, dan dua calon bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar
masing-masing meraih 380 dan 32 undi.
Mahathir selaku pengerusi Bersatu turut berkempen untuk
Karmaine, antaranya di ceramah pada Rabu lalu.
Semalam, beliau turut menulis surat terbuka kepada pengundi
Tanjung Piai untuk menggesa mereka menolak Wee dan memberi peringatan tentang
politik kaum oleh Umno dan PAS.
Pada September lalu, Syed Husin mengecam Mahathir kerana
tidak menggariskan pelan peralihan kuasa secara jelas dan mempersoalkan
pemimpin PH kerana menurutnya tidak lagi mampu berdepan dengan Mahathir.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Mahathir berkenaan tidak
mampu menjamin kemampuan penggantinya dalam melaksanakan tanggungjawab dengan
baik, sebagai "pengkhianatan dan penghinaan kepada PH".
Dalam wawancara bersama Malaysiakini kemudiannya, Syed Husin
mendakwa Mahathir "telah kembali kepada autoritarinisme".
"Mahathir sudah menjadi dirinya yang dulu, terutama
beberapa bulan kebelakangan ini. Mahathir yang dulu bermakna dia diktatorial
atau autoritarian," katanya.
Di sebalik sejumlah kenyataan oleh Mahathir dan Anwar
Ibrahim berkenaan janji peralihan kuasa, timbul spekulasi bahawa ia tidak akan
terjadi.
Ini referendum terhadap PH pimpinan TunDrM. Keputusannya paling jelas. Rakyat kecewa dan mahu ajar PH khususnya TunDrM. Beliau harus tahu apa yg patut dilakukannya dengan segera. Jangan dolak dalik lagi!— Syed Husin Ali (@syedhusinali) November 16, 2019
Sementara itu, bekas menteri di jabatan perdana menteri Zaid
Ibrahim berkata keputusan PRK Tanjung Piai bukanlah perkara yang mengejutkan.
"Tanjung Piai bukanlah suatu yang mengejutkan. Ramai
pengundi masih merasakan PM adalah pemimpin BN. Begitulah popularnya dia,"
katanya di Twitter. - Malaysiakini
Kekalahan PH referendum rakyat terhadap pentadbiran Dr Mahathir - Syed Husin
Reviewed by Me
on
14:59
Rating:

No comments: