Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini reda dengan keputusan pilihan raya itu
malam ini, yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Wee Jeck Seng dipilih
sebagai Anggota Parlimen Tanjung Piai yang baru.
Karmaine yang ditemui pemberita di Bilik Gerakan Utama PH di
Eco Rambah di Pontian berkata keputusan itu tidak mematahkan semangatnya bagi
terus berjuang untuk parti.
Loading...
“Keputusan sudah ada, saya rasa saya reda apa yang telah
berlaku. Saya rasa orang Tanjung Piai sudah membuat pilihan. Kita kena
terimalah,” katanya.
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Tanjung Piai itu berkata PH akan membuat analisis berhubung kekalahan yang
dialami.
Ditanya mengenai perasaan beliau ketika ini, Karmaine
berkata: “Biasa…saya masih lagi di dalam parti (Bersatu dan PH) dan saya akan
terus berjuang.”
Wee diumumkan sebagai pemenang PRK itu dengan majoriti
15,086 undi, selepas memperoleh 25,466 undi, berbanding Karmaine memperoleh
10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707 undi), calon Berjasa
Badhrulhisham Abdul Aziz (850) serta calon Bebas Ang Chuan Lock (380) dan
Faridah Aryani Abd Ghaffar (32).
loading...
Sementara itu, Wee berkata beliau akan memberi komitmen
untuk melaksanakan program untuk rakyat di Tanjung Piai.
"Walaupun sebagai pembangkang saya akan ambil kira
bagaimana untuk melaksanakan pelbagai program untuk membantu orang kawasan
saya," katanya.
Sementara itu, calon Berjasa Badrulhisham Abdul Aziz
menyifatkan tewas di tangan BN adalah sebagai suatu kekalahan yang bermaruah
namun berpuas hati walaupun hanya mendapat 850 undi.
Sementara itu, walaupun hanya mendapat 380 undi, calon Bebas
Ang Chuan Lock berpuas hati dan berterima kasih kepada pengundinya.
- Bernama
Karmaine tak patah semangat walaupun tewas
Reviewed by Me
on
15:06
Rating:

No comments: