Langgar PKP, 34 Individu Ditahan Sertai Parti Liar Di Dua Lokasi Di Senai


JOHOR BAHRU, 20 Mei (Bernama) — Keseronokan 34 individu berhibur dalam parti liar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berpanjangan apabila ditahan dalam dua serbuan polis di sekitar Senai dekat Kulai awal pagi tadi.

Loading...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Afzanizam Yahaya berkata dalam kedua-dua serbuan pada kira-kira 12.40 tengah malam ke atas dua kediaman yang dipercayai inap desa, polis berjaya menahan 21 lelaki dan enam wanita warga tempatan serta tujuh wanita warga Vietnam.
loading...

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka bukan penghuni premis itu serta gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan yang dijalankan, pihak polis turut merampas dadah dipercayai jenis serbuk ekstasi seberat 247.29 gram, ketamin 8.07 gram serta dua biji pil ekstasi.
Afzanizam berkata 28 daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan amfetamin manakala tiga lagi mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 25 Mei.
Katanya kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta Akta Imigresen 1959/63.
Sumber: BERNAMA
Langgar PKP, 34 Individu Ditahan Sertai Parti Liar Di Dua Lokasi Di Senai Langgar PKP, 34 Individu Ditahan Sertai Parti Liar Di Dua Lokasi Di Senai Reviewed by Me on 12:10 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.