Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.
loading...
Titah Seri Paduka, sejurus selepas peletakkan jawatan Dr Mahathir Mohamad, baginda telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan setiap daripada mereka.
Loading...
"Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.
"Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini," titahnya.
Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan mesyuarat parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. - Malaysiakini

Pelantikan Muhyiddin dibuat dengan telus dan seadilnya - Agong
Reviewed by Me
on
20:34
Rating:
No comments: