Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya, kata Najib



Gambar yang memaparkan pihak berkuasa memotong wajah Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan kempen DAP memberi kesan besar kepada kekalahan Najib Razak dan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekian lama menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kecenderungan berpihak kepada BN menuding jari kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejadian berkenaan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Najib kini bekas PM menafikan memberi arahan kepada atau masuk campur dalam tindakan SPR.

Najib berkata, jika dia masuk campur dalam proses pilihan raya, BN tidak akan kalah dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

Najib juga mendakwa terdapat khabar angin yang mengatakan ada orang dalam yang melakukan sabotaj dalam SPR dan Umno bagi melihat Dr Mahathir menang.

“Ini hanya spekulasi. Maksud saya, ada orang kata ia sabotaj, kita tidak tahu. Saya tidak mahu membuat tuduhan,” katanya.
Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya, kata Najib Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya, kata Najib Reviewed by Faceless on 16:39 Rating: 5

1 comment:

  1. Tiada siapa akan mengaku perbuatan buruk apatah lagi bila nasibnya berada dalam tangan orang yang berkuasa.

    ReplyDelete

Loading...
loading...
Powered by Blogger.