Foto Berita Harian
Kerajaan Melaka menyerahkan kepada pihak polis untuk
menyiasat dakwaan seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘tuan punya’ (pemilik)
kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan
Agong serta perdana menteri.
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, berkata tindakan perlu
diambil berhubung perkara itu sebagai langkah pencegahan agar ia tidak
berlarutan sehingga boleh mencemarkan perlembagaan negara.
Loading...
Menurutnya di Melaka memang ada beberapa kes yang melibatkan
individu mendakwa diri mereka sebagai sultan atau kedudukan dalam negeri.
“Malaysia mempunyai kedaulatan undang-undang serta
perlembagaan, ia wajib dipatuhi oleh semua.
"Saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk
menjalankan sisatan dan juga mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita
selepas Majlis Sepetang Bersama Masyarakat Majmuk anjuran Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (Perkim), di Melaka hari ini.
Terdahulu, individu dikenali sebagai Ahmad Abdul Kadir
Ismail, 47, dalam sidang media di Sungai Rambai mendakwa dia adalah ‘tuan
punya’ kerajaan Malaysia dan layak menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan
Agong serta perdana menteri.
Ahmad Abdul Kadir mendakwa beliau adalah aset kepada negara,
tuan punya kerajaan Malaysia atau Tanah Melayu, selain mendakwa memiliki banyak
alat kebesaran seperti keris kerajaan Bukit Seguntang, lembing Parameswara dan
beberapa alat kebesaran dari China.
Sementara itu dalam perkembangan lain Adly menyarankan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencontohi usaha berterusan Perkim membantu
saudara baru Islam dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan dan memahami ajaran
agama dengan lebih mendalam.
Katanya peranan Perkim menganjurkan pelbagai program
bersama masyarakat bukan Islam merupakan usaha memperkukuh ukhwah dalam
masyarakat majmuk demi kesejahteraan bersama.
Justeru katanya peranan Perkim serta NGO amat penting untuk
menyatu-padukan masyarakat tanpa mengira agama atau bangsa.
"Kita tidak mahu ada dalam pemikiran masyarakat Islam
khususnya saudara baru kita bahawa mereka diasing atau dipinggirkan sedangkan
Islam membawa rahmat kepada semua umat manusia," katanya.
Adly berkata Islam mengutamakan kasih sayang dan perdamaian
berbanding permusuhan dan peperangan.
Malah katanya Islam meletakkan aspek kesamarataan kepada
orang Islam atau bukan Islam dalam isu hak serta tanggungjawab.
- Bernama
Melaka serah polis siasat lelaki dakwa pemilik Malaysia
Reviewed by Faceless
on
16:52
Rating:
No comments: