Khairy: Baik Lokman doa saya tak jadi Presiden Umno, kamu akan dipecat!


Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berbalas-balas kenyataan berpunca dari isu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairy Jamaluddin mencadangkan Lokman Adam berdoa dia tidak memenangi jawatan presiden pada pemilihan akan datang.

“Lebih baik kamu doakan saya tidak menjadi presiden Umno. Benda pertama saya akan buat adalah memecat kamu kerana mempunyai IQ lobak merah,” katanya di Twitter hari ini.

Beliau menjawab kata-kata Lokman sebelum itu mengatakan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu kerana Umno memiliki seorang ketua pemuda yang bodoh dan tidak tahu mengkaji skandal 1MDB, merujuk kepada Khairy.

Khairy sebelum itu mengulas kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu kerana skandal 1MDB.

Beliau berkata demikian selepas Najib berkata kekalahan BN berpunca daripada janji-janji palsu Pakatan Harapan dalam kempen pilihan rayanya.

Lokman membalas respon Khairy dengan berkata dia akan gagal dalam misi menjadi presiden parti. - MalaysianReview
Khairy: Baik Lokman doa saya tak jadi Presiden Umno, kamu akan dipecat! Khairy: Baik Lokman doa saya tak jadi Presiden Umno, kamu akan dipecat! Reviewed by Me on 16:30 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.