UNTUK sekian lama, pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi
disanjung masyarakat dunia, organisasi global dan ketua-ketua politik kerana
perjuangan beliau mengembalikan demokrasi serta reformasi kepada tanah airnya.
Bermula sebagai figura yang dipandang tinggi, namun dalam
sekelip mata, Suu Kyi menjadi nama yang cukup ‘dibenci’ masyarakat dunia.
Loading...
Selepas satu persatu kezaliman dilakukan pemerintahan
Myanmar terhadap etnik Rohingya didedahkan, Suu Kyi secara berterusan dikecam
dan dikritik kerana bersikap tidak campur tangan dalam isu tersebut.
Ketika anak-anak dan lelaki etnik minoriti Rohingya dibunuh
kejam, wanita pula diperkosa dan orang tua ditindas, Suu Kyi sebaliknya hanya
sekadar berdiam diri.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentafsirkan
pembunuhan beramai-ramai dan penganiayaan terhadap komuniti tersebut sebagai
satu tindakan yang bermatlamatkan untuk menghapuskan etnik itu dari bumi
Myanmar.
Pemimpin-pemimpin dunia turut mengecam kesombongan Suu Kyi,
termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggap
pemimpin Myanmar itu tidak mampu berbuat apa-apa.
Dalam satu mesyuarat November lalu, Naib Presiden Amerika
Syarikat, Mike Pence memberitahu pemenang Hadiah Nobel itu bahawa, penganiayaan
dilakukan terhadap etnik Rohingya adalah tidak wajar.
Beberapa organisasi antarabangsa pula menunjukkan
penentangan terhadap Suu Kyi dengan menarik balik anugerah dan penghormatan
yang diberikan kepadanya.
Yayasan Memorial 18 Mei Korea Selatan merupakan organisasi
terbaru yang melucutkan penganugerahan yang diberikan kepada pemimpin itu.
Walaupun beliau dibenar menyimpan Hadiah Nobel Keamanan
yang diterimanya pada 1991, pelbagai negara dan badan antarabangsa memutuskan
untuk menamatkan hubungan dengan figura yang pernah menjadi sanjungan dunia
itu.
Berikut merupakan beberapa anugerah dan penghormatan
diterima Suu Kyi yang telah ditarik balik.
Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju
Sebuah kumpulan hak asasi manusia terbesar di Korea Selatan,
Yayasan Memorial 18 Mei melucutkan Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju yang
diterima Suu Kyi pada 2014.
Jurucakap yayasan tersebut berkata kekejaman ke atas
Rohingya bertentangan dengan nilai-nilai yang dipegang dalam penganugerahan
tersebut iaitu melindungi dan mempromosikan hak-hak asasi manusia.
Duta Besar Hati Nurani
Pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di London, Amnesty
International menarik balik anugerah berprestij yang diberikan kepada Suu Kyi
pada 2009 kerana tindakan pemimpin tersebut yang berdiam diri tentang keganasan
ke atas etnik Rohingya.
Organisasi tersebut mendakwa, Suu Kyi gagal bersuara dan
‘melindungi’ tentera Myanmar yang bertindak kejam, menggelar tindakan wanita
itu sebagai pengkhianatan terhadap nilai yang pernah diperjuangkannya.
Anugerah Ellie Wiesel
Muzium Memorial Holocaust Amerika Syarikat menarik balik
anugerah tertinggi yang diberi kepada Suu Kyi atas kegagalan beliau
menghentikan serangan ketenteraan terhadap etnik Islam Rohingya. Pemimpin itu
merupakan penerima pertama anugerah tersebut yang diberikan kepadanya pada
2012.
Dalam surat yang dipaparkan di dalam laman web muzium
tersebut, Suu Kyi bersama Liga Nasional Demokrasinya enggan bekerjasama dengan
badan siasatan PBB dengan melakukan serangan kebencian terhadap minoriti
tersebut dan menghalang kemasukan wartawan ke Rakhine.
Gelaran Kehormat Berkaitan Kebebasan
Jurucakap kepada Datuk Bandar Paris pada 30 November lalu
berkata, keputusan itu telah dibuat kerana beberapa siri pencabulan hak asasi
manusia direkodkan di Myanmar dan kekejaman dilakukan pasukan keselamatan negara
itu terhadap Rohingya.
Tindakan tersebut menjadikan Suu Kyi sebagai individu
pertama yang dilucutkan daripada penerima anugerah yang cukup simbolik itu. –
UTUSAN
Dulu Suu Kyi ikon dunia, kini paling dibenci masyarakat dunia
Reviewed by Faceless
on
17:32
Rating:
No comments: