Nasib Najib akan ditentukan undang-undang, kata Dr Mahathir



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak boleh mencampuri pendakwaan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pecah amanah dan rasuah.

Beliau berkata, antara janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu adalah kerajaan akan menghormati dan memastikan wujud pengasingan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif.

Oleh itu kata Dr Mahahthir biar undang-undang yang menentukan sama ada Najib bersalah atau tidak bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

“Undang-undang yang akan menentukan (sama ada Najib bersalah atau tidak) dan jika Peguam Negara mendapati wujud bukti mencukupi terhadap tindakan jenayah, maka Peguam Negara yang akan membuat keputusan,” katanya dalam rancangan temu bual bersama Al Jazeera.

Untuk rekod, seorang wartawan Al Jazeera pernah diusir oleh pentadbiran kerajaan terdahulu kerana rencana portal berita terkemuka itu berkenaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Manakala Dr Mahathir pada masa itu mencabar kerajaan menyaman Al Jazeera jika laporan mereka berkenaan Altantuya adalah palsu. – Majalah Review Malaysia
Nasib Najib akan ditentukan undang-undang, kata Dr Mahathir Nasib Najib akan ditentukan undang-undang, kata Dr Mahathir Reviewed by Faceless on 06:14 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.