SPRM tidak pakaikan Najib gari, baju lokap, NGO lapor polis



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi layanan istimewa kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

NGO tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini lapor Berita Harian.

Setiausahanya, K Kannis, berkata laporan itu dibuat kerana ketidakpuasan hati terhadap pegawai SPRM yang memberi layanan istimewa kepada Najib apabila tidak diberi pakaian tahanan lokap dan tidak digari ketika dibawa ke mahkamah.

“Sebagai rakyat biasa, saya melihat ia tindakan tidak adil untuk tahanan lain seperti Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

“Mereka ditahan SPRM sebelum ini memakai pakaian tahanan lokap ketika dibawa ke mahkamah tetapi kenapa Datuk Seri Najib?

“Sepatutnya siapa pun yang ditahan SPRM atas tuduhan penyelewengan atau rasuah harus diberi layanan sama tanpa mengira pangkat,” katanya dipetik Berita Harian.

Justeru itu beliau meminta SPRM memberi penjelasan berhubung perkara itu dan menggesa mereka menjalankan tugas mengikut undang-undang ditetapkan.

Sebelum ini, Najib dilihat memakai kot dan bertali leher ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Media turut melaporkan penjelasan SPRM bahawa Najib ditidak dipakaikan baju oren lokap kerana beliau bukan tahanan reman.
SPRM tidak pakaikan Najib gari, baju lokap, NGO lapor polis SPRM tidak pakaikan Najib gari, baju lokap, NGO lapor polis Reviewed by Faceless on 06:16 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.