Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub
penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak. – Foto Free Malaysia Today
UMNO perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk
diharamkan susulan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) mampu menggantikan UMNO untuk membela orang Melayu.
Portal Berita Harian melaporkan Setiausaha Agung Veteran
UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu
adalah antara petanda UMNO akan berdepan pelbagai tekanan politik termasuk
diharamkan.
“UMNO kena bersedia untuk berdepan dengan apa juga tekanan
selepas ini. Itu (ucapan Dr Mahathir) antara tanda-tanda awal UMNO akan
‘diserang’ termasuk bakal diharamkan.
“UMNO sekarang kena bertindak balas dengan cepat mulai
sekarang, bersedia dengan pelan kecemasan seperti menubuhkan UMNO baharu jika
UMNO sekarang diharamkan,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir membuat pengakuan PPBM akan menjadi
pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO
yang kononnya selama ini menjaga kepentingan Melayu.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM berkata, melalui
pegangan jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada pemimpin parti itu dalam
Pakatan Harapan (PH), perkara itu dapat dijamin.
Berita Harian turut melaporkan penganalisis politik, Dr
Awang Azman Awang Pawi juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir sebagai isyarat dan
mesej kemungkinan UMNO akan diharamkan pendaftarannya selepas didakwa tidak
mengikut tertib dan perlembagaan parti.
- Malaysian Review
Veteran Umno ramal Dr Mahathir beri petanda UMNO bakal diharamkan
Reviewed by Faceless
on
02:02
Rating:
No comments: