Saya merindui Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun, kata Zunar



Pelukis kartun satira termuka tanah air, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, beliau akan merindui bekas Perdana Menteri Najib Razak biarpun pemimpin itu sebelum ini cuba memenjarakannya hasil kritikan beliau melalui kartun.

Dalam temu bual beliau dengan wakil The Observer, Zunar berkata, Najib dan isteri beliau Rosmah khususnya adalah “anugerah” buat dirinya.

“Sekarang kerajaan sudah bertukar dan ia menjadi cabaran buat saya. Apa yang nak saya lukis?” kata Zunar memetik laporan temu bual itu.

Di bawah pentadbiran Najib, sejak sembilan tahun lalu, pelukis kartun ini menjadi subjek serbuan dan tangkapan, sembilan bukunya diharamkan, dituduh di bawah enam undang-undang berasingan dan masih berhadapan dengan sembilan tuduhan menghasut – kesemuanya boleh membuatkan beliau dipenjara selama 43 tahun.

Sebulan selepas kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, Zunar mengakui bahawa beliau berhadapan dengan sedikit nostalgia.

Kata beliau, memang benar beliau kini bebas dan tidak lagi dihambat serta boleh ke luar negara, namun ketiadaan Najib dan Rosmah yang disifatkan sebagai “anugerah besar” itu sebagai suatu kehilangan.

Berdekad lamanya, dengan menafikan sistem yang mempunyai undang-undang berkaitan hasutan yang menekan serta media yang dikawal, Zunar menggunakan pennya untuk mendapatkan perhatian umum mengenai rasuah, skandal kewangan dan keburukan politik Malaysia yang tidak didedahkan media perdana.

Sebagai natijahnya, kerajaan Najib telah menggunkan pelbagai alat dan institusi negara untuk menghambat beliau, juga turut menjadi sasaran ialah penerbit bukunya dan mereka yang membeli hasil karyanya.

Kata Zunar lagi, untuk perkembangan mutakhair, beliau kini sedang berkira-kira menghasilkan buku baharu khusus ditujukan kepada Rosmah dan mengenai tajuknya beliau bercadang untuk memberi tajuk “I Love You”.

- Malaysia Dateline
Saya merindui Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun, kata Zunar Saya merindui Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun, kata Zunar Reviewed by Faceless on 02:05 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.