oleh Shahbudin Husin
Pertamanya, harus diberikan sekalung tahniah kepada
Kementerian Pendidikan atas tindakan segera menghentikan langganan akhbar
Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej dan
institusi di bawahnya.
Keputusan itu adalah wajar dan tepat, bukan saja kerana
Utusan dimiliki oleh musuh politik kerajaan Pakatan Harapan yang sedang
memerintah negara sekarang, tetapi juga kerana akhbar berkenaan lebih bercampur
sudah baur dengan fitnah, hasutan, perkauman, adu domba, gossip hiburan tahap
rendah dan gambar-gambar separa XXXXX di dalamnya.
Dengan yang demikian, meskipun ada berita semasa,
antarabangsa dan pendidikan misalnya dalam akhbar berkenaan, sebenarnya adalah
tidak berbaloi dan membazir, malah suatu pendedahan kepada dosa terbuka apabila
sebuah kementerian atau kerajaan terus menyediakan bacaan percuma akhbar
tersebu dengan menggunakan wang rakyat.
Dalam konteks berkaitan, semua kementerian atau agensi lain
yang masih melanggan Utusan juga seharusnya melakukan tindakan yang sama
seperti yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan.
Lagi pula, jika ada yang masih mahu membaca berita-berita
tertentu dalam Utusan, mereka boleh saja melayarinya secara dalam talian tanpa
perlu meletakkan suatu beban lain kepada kementerian atau kerajaan untuk
menanggungnya.
Para pemimpin UMNO yang sekarang sudah jadi pembangkang
tidak perlu terlalu beremosi dengen tindakan yang diambil oleh Kementerian
Pendidikan itu. Mereka harus berlapang dada, bersikap rasional dan menerimanya
sebagai salah satu takdir dalam kehidupan.
Apa yang penting, jika para pemimpin UMNO terlalu risau
bahawa tindakan Kementerian Pendidikan itu akan menambah-burukkan lagi jualan
akhbar Utusan yang sudah sedia teruk berikutan laporan-laporan beritanya selama
ini yang berat sebelah, perkauman, adu domba dan fitnah itu ialah dengan mereka
belajar untuk mentadbir atau mengurus takdir berkenaan.
Politik negara sudah berubah, maka UMNO juga mesti sedia
untuk berubah sama. Tidak perlu sepanjang masa atau berterusan mahu bergantung
kepada dana kerajaan untuk memberikan nyawa dalam kehidupan.
Utusan adalah milik UMNO dan bukankah UMNO ada keahlian
seramai 3.5 juta yang selalu dibangga-banggakan?
Ketika inilah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan
lain-lain pemimpinnya yang kononnya masih sayangkan Utusan melakukan sesuatu
untuk memastikan akhbat tersebut terus hidup dan tidak putus nyawa di
pertengahan jalan.
Jangan asyik bercakap dan mengeluarkan kenyataan saja.
Selain boleh digerakkan usaha agar setiap ahli UMNO
diwajibkan membeli Utusan atau setidak-tidaknya cawangan dan bahagian UMNO
dimestikan membelinya dalam jumlah pukal tertentu, para pemimpin UMNO yang
kaya-kaya, ada rumah besar, anak memandu Ferrari dan isteri mempunyai
berpuluh-puluh beg tangan mahal juga boleh mengorbankan sebahagian kekayaan
mereka untuk membantu kelangsungan syarikat akhbar itu.
Mereka boleh mengambil alih langganan itu dalam jumlah
tertentu dan kemudian edarkanlah ke mana saja yang mereka kehendaki dan
dirasakan perlu.
Lagi pula, daripada kekayaan luar biasa para pemimpin UMNO
yang suatu ketika dahulu pernah menjadi menteri, mungkin sebahagiannya adalah
perolehan daripada kutipan rasuah, komisyen projek, perkongsian perniagaan
dengan tauke-tauke Cina, songlapan tanah dan pelbagai kaedah licik yang lain.
Lalu, apalah salahnya sedikit daripadanya dikongsi untuk
membantu Utusan yang sekarang dalam kesusahan?
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Artikel pertama kali disiarkan diblognya tidak semestinya mewakili
pendirian BeritaHarian-Metro.
Pemimpin Umno kaya raya boleh bantu nyawa Utusan yang disekat di sekolah dan universiti
Reviewed by Faceless
on
17:32
Rating:
No comments: