Jamal Md Yunos dihantar ke penjara Sungai Buloh. – Foto
Malay Mail
Selepas 27 hari dalam tahanan, Ketua Umno Bahagian Sungai
Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menzahirkan rasa insaf dan berterima kasih atas
hukuman yang diterima serta menyifatkan ia pengalaman paling berharga seumur
hidup.
Menurutnya, situasi dalam tahanan membuatkan beliau lebih
positif dan kental berdepan kehidupan yang serba kekurangan.
“Apabila dibukakan saja pintu sel itu saya rasa macam masuk
dalam kubur. Penjara itu ukurannya sedepa dan panjangnya dua depa
setengah..disitulah bilik air, mandi dan tempat tidur.
“27 Hari saya duduk tidak Ada kebebasan. Alhamdulillah,bagi
saya, kalau saya masuk dalam kubur tanpa persekitaran. Di situ saya diberi
kesempatan,kesedaran dan keinsafan yang sangat luar biasa yang saya bertekad
untuk perbaiki lagi ilmu, solat, al-Quran saya.
“Bagi saya, Alhamdulillah saya dipenjarakan 27 Hari, saya
dapat keinsafan, pelajaran dan manfaat yang sangat berguna,” katanya kepada
Sinar Harian ditemui pada Majlis Doa Selamat dikediamannya.
Tambah beliau, situasi itu juga membuatkannya membayangkan
kekentalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima hukuman penjara selama
berbelas tahun.
“Saya simpati pada rakan lain.. bagaimana keadaan mereka
terpenjara. Saya juga kagum memikirkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh
sekuat itu selama berbelas tahun dipenjara. Beliau cukup kuat untuk reda,”
katanya.
Dalam pada itu, Jamal memohon agar dipertimbangkan
membenarkan tahanan menghisap rokok kerana larangan yang dibuat langsung tidak
memberi kesan kepada tahanan.
“Biasanya apabila mereka dapat keluar pergi mahkamah dan
sebagainya mereka akan telan tembakau atau masukkan ke dalam dubur. Jadi inilah
yang mereka hisap, rokok daripada tahi.
“Ada juga yang ‘kantoi’, mereka menerima hukuman. Jadi
kasihan kerana sukar untuk berhenti merokok. Jadi mengapa tidak diberikan
kebenaran untuk tempoh tertentu seperti waktu lawatan keluarga dan sebagainya,”
katanya dipetik Sinar Harian.
Ketua Umno Jamal Yunos akui insaf selepas masuk jel
Reviewed by Faceless
on
17:34
Rating:
No comments: