Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU


Kes SPRM siasat bekas ketua perisik MEIO termasuk pegawai PTD berkaitan salahguna dana PRU14. Foto Berita Harian

oleh Shahbudin Husin

Bagaimanakah ketua sebuah agensi perisikan kerajaan [MEIO] yang terletak dibawah jabatan perdana menteri boleh terlibat dalam skandal wang pilihanraya berjumlah AS$12 juta atau kira-kira RM50 juta?

Lebih buruk, bagaimanakah wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk pilihanraya, tetapi lebih separuh daripadanya ditemui masih tidak digunakan, malah seolah-olah disembunyikan di sebuah kondo?

Bayangkan apa terjadi dan betapa meriahnya kehidupan mereka yang terbabit sekarang ini jika dalam PRU14 lalu BN masih lagi mampu mengekalkan kuasanya?
Hidup-hidup Najib Razak dan kerajaan diperbodohkan begitu saja!!

Jika tidak kerana Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya, pastinya Najib sendiri tidak tahu atau tidak sedar dana pilihanraya yang sepatutnya dibelanjakan rupa-rupanya telah disorokkan.

Adakah mereka tidak membelanjakannya kerana sudah menjangka BN akan kalah dan hilang kuasa?

Apa pun, dengan terdedahnya skandal melibatkan ketua agensi perisikan negara ini, Najib sekurang-kurangnya patut berterima kasih kerana BN dapat dikalahkan dan akhirnya Pakatan Harapan mentadbir negara.

Jika tidak, sampai sekarang skandal ini akan terus tersembunyi rapi tanpa dibicarakan dan seolah-olah mereka telah bekerja dengan cemerlangnya.

Datuk Hasanah ditahan SPRM – Foto Finance Twitter

Sebelum ini portal FMT melaporkan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid direman 5 hari untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Hasanah, 61, ditahan SPRM apabila hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi anti-rasuah itu kerana siasatan awal mereka mendapati Hasanah dipercayai terbabit menyalahgunakan dana PRU14 untuk tujuan peribadi, bersama 7 pegawai lain di Jabatan Perdana Menteri.

Hasanah menjadi tumpuan media selepas tersebar surat bertarikh 4 Mei lalu kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel meminta Washington menyokong pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika Barisan Nasional menang mudah dalam PRU14.

Hasanah mengesahkan beliau menulis surat tersebut namun mempertahankan diri daripada tuduhan khianat kepada negara.
Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU Reviewed by Faceless on 01:59 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.