Anwar masih takut tak dapat jadi PM

Anwar Ibrahim masih ragu dapat menjadi Perdana Menteri Ke-8 menggantikan Tun Dr Mahathir. – Foto Malaysiakini BM

oleh Shahbudin Husin

Apa sebenarnya yang masih merunsingkan Anwar Ibrahim tentang kerusi Perdana Menteri?

Kenapa beliau seperti masih merasakan ada orang lain mahu merebut jawatan Perdana Menteri yang sudah disepakati akan diserahkan kepedanya?

Walhalnya ini jaminan Tun Mahathir Mohamad sendiri mengenai peralihan kuasa kepada Anwar itu.
Tun Daim Zainuddin yang sebelum ini didakwa terlibat dalam komplot mahu menyingkirkan Anwar pun sudah menafikan penglibatan beliau dalam perkara itu.

Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan rakan lama Anwar juga tidak ragu-ragu peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Presiden PKR itu akan berlangsung dengan aman apabila tibanya waktunya nanti.

Jadi, apa lagi yang merunsingkan Anwar?

Siapakah yang dimaksudkan Anwar “Dr.M dah janji, jangan ada yang rebut jawatan dari saya”?

Atau Anwar dalam hal ini lebih dipengaruhi oleh gerakan kempen Rafizi Ramli?
Anwar masih takut tak dapat jadi PM Anwar masih takut tak dapat jadi PM Reviewed by Faceless on 00:54 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.