Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan
penamatan dan penukaran lebih 25 orang imam di Perlis adalah di luar bidang
kuasanya.
Katanya keputusan penamatan khidmat dan pertukaran imam-imam
tersebut di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan
bukan bidang kuasa Jabatan Mufti.
Loading...
“Sebenarnya penamatan kontrak imam atau imam yang ditukar
ini berlaku di semua negeri, bukan di Perlis sahaja,” kata Mohd Asri kepada
Bernama bagi mengulas tindakan beberapa masjid di Perlis yang membuat bantahan
aman mendesak supaya khidmat imam-imam tersebut disambung semula.
Mohd Asri menyertai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail dalam program Ziarah Mahabbah MAIPs (Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis) ke Wilayah Ranong dan Chumphon.
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah
Khalil juga berkenan menyertainya. Program itu turut disertai Menteri Besar
Azlan Man.
Sebelum ini tular mengenai tindakan Jaips menamatkan 25 imam
dan 10 lagi ditukarkan ke kariah lain dengan surat bertarikh 31 Dis lepas tanpa
menyatakan sebab.
-Bernama
Pemecatan imam di luar bidang kuasa saya, kata Mufti perlis
Reviewed by Faceless
on
18:31
Rating:
No comments: