Ayu Enggan Ke Sekolah Pondok



GUA MUSANG: Budak perempuan berusia 11 tahun yang bernikah dengan peraih getah berumur 41 tahun lebih sebulan lalu tidak berminat mendalami ilmu agama di sekolah pondok.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ayu itu mahu meneruskan pengajian al-Quran di tempat tinggalnya supaya dapat khatam tidak lama lagi.

Ibu Ayu, Aminah Hitam, 47, berkata, dia dan suaminya, Madroseh Ramadsa, 49, sudah beberapa kali memujuk Ayu untuk meneruskan pengajian ke sekolah pondok seperti ditawarkan banyak pihak sebelum ini.

Namun, katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu menolak dengan alasan lebih selesa mengaji al-Quran bersama rakan-rakannya di Kampung Panggong Lalat, di sini.

“Suami Ayu juga menasihatkan Ayu supaya tinggal di sekolah pondok sama ada di Thailand atau di mana-mana tempat di Kelantan.

“Ayu menolak juga kerana ingin mengaji al-quran di sini dan tinggal bersama keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Aminah, Ayu kini masih menunggu tarikh pemeriksaan kesihatan terakhir di Hospital Gua Musang yang dijangka dibuat pada 1 Ogos nanti.

Sebulan lalu, kanak-kanak warga Thailand itu mengejutkan semua pihak apabila berkahwin dalam usia muda dengan pasangannya Che Abdul Karim Che Hamid, 41.

Mereka bernikah pada 18 Jun lalu di sebuah masjid di negara jiran. Gambar perkahwinan mereka tular sejak malam tadi, selepas dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu, Siti Noor Azila Zulkifle, 34.

Pasangan itu pada hari raya Aidilfitri keempat selepas dibawa oleh Madroseh dan Aminah ke Selatan Thailand untuk berkahwin.

- UTUSAN ONLINE
Ayu Enggan Ke Sekolah Pondok Ayu Enggan Ke Sekolah Pondok Reviewed by Faceless on 19:53 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.