Mustahil Najib tak tahu surat CIA, kata sumber Jabatan Perdana Menteri

Najib tidak tahu surat CIA. Patriot lapor polis tuntut Hasanah Ab Hamid jelaskan. – Foto The Malaysian Insight

Sumber yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, pendedahan surat CIA amat mengejutkan namun di luar pengetahuan mereka yang telah bekerja selama bertahun-tahun dengan beliau, lapor Utusan Malaysia.

Loading...

Katanya, perkara-perkara sulit seperti itu tidak pernah dibincangkan bersama para pegawai yang dilantik atas lantikan politik sepertinya dan kerana melibatkan isu keselamatan negara dan hanya boleh dilakukan oleh pegawai ter­tinggi keselamatan.

Menurut sumber itu lagi, pengesahan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh Dr. Mahathir dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Hasanah sendiri kerana isu-isu sulit seperti itu di bawah bidang kuasa mereka.


“Pendedahan ini sudah tentu mengejutkan namun telah dinafikan oleh ketua kami, kami tidak tahu menahu tetapi mungkin juga ia surat palsu yang bertujuan memalukan bos kami,” katanya.

Sumber di Jabatan Perdana Menteri pula dilaporkan Utusan berkata adalah mustahil untuk seorang pegawai kerajaan menghantar surat kepada pihak lain untuk tujuan tertentu di luar pen­getahuan Perdana Menteri.

“Mustahil surat itu boleh dihantar sewenang-wenangnya, biarpun tanpa perlu adanya tanda tangan Perdana Menteri tetapi mustahil tanpa restu daripadanya,” kata pegawai kanan tersebut tanpa mahu mengulas lanjut.
Mustahil Najib tak tahu surat CIA, kata sumber Jabatan Perdana Menteri Mustahil Najib tak tahu surat CIA, kata sumber Jabatan Perdana Menteri Reviewed by Faceless on 19:52 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.