Nasib baik Generasi Baru peneroka Felda bangkit berjuang – Mazlan Aliman


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman. – Foto MalaysiaGazette

oleh Mazlan Aliman

Apabila isu penjualan tanah Kg Felda Bukit Cherakah dibangkitkan semula, ia mengingatkan saya mengenai situasi yang hampir serupa berlaku di Felda Sg Buaya, Felda Cahaya Baru, Felda Sendayan dan Felda Labu Johnson.

Keghairahan yang tidak terkawal oleh para peneroka, apabila para pemaju datang dengan berbagai tawaran yang nilainya jutaan ringgit untuk menjual tanah kebun 10 ekar mereka.

“Bila ada pihak khususnya pemimpin parti pembangkang dan NGO beri pandangan dan nasihat, dinista macam macam. Peneroka cuma nampak RM saja.

“Pemimpin politik tempatan, tentu sekali Umno, bersekongkol dengan JKKK/JKKR, demi habuan, bertindak sebagai broker, kemudiannya menubuhkan syarikat tertentu, kononnya bagi mempastikan jumlah wang yang diterima peneroka adalah telus dan mengikut perancangan.
“Felda akan menjadi Bandar Baru yang menjanjikan perubahan besar, yang tidak termimpi oleh peneroka. Kononnya. Hidup kita lebih senang, peluang pekerjaan banyak. Sampai bila kita nak menyawit, noreh getah?

“Ringkas cerita, ia indah khabar dari rupa. Pampasan yang katanya juta-juta, entah ke mana, tanah hilang, hidup merana!

“Sang broker, pemimpin berkepentingan yang kaya raya. Bila gagal, semuanya berlepas diri.

“Itulah juga yang terjadi dalam episod penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

“Tidak sabar sabar tandatangan segala borang dan perjanjian. Dapat ‘durian runtuh’ RM15,000 macam nak terbalik dunia!.

“Mereka yang menentang dituduh Haram Jadah, penghasut, pemecah belah dan macam macam penghinaan diterima.

“Sesama jiran bermasam muka, suami isteri peneroka bergaduh, anak beranak berantakan berebut RM15,000, dan macam macam cerita.

“Dalam semua insiden, pemimpin juga yang kenyang,” katanya.

“Bila peneroka marah, jawabannya mudah, adatlah main saham, ada naik, ada turun. Meniaga ada risiko. Ini semua Qada’ Qadar Allah Taala.

“Dipujuk peneroka dengan dedak, RM300-500, sejuk balik.

“Ungkapan popular di kalangan peneroka,’ Tun Razak yang tubuhkan Felda, takkan le anaknya Najib, nak tipu kita’.

“Benarlah seperti kata pepatah, ‘menang sorak, kampung tergadai – tapi nasib baik masih ada warga Felda, khususnya Generasi Baru yang bangkit berjuang.

“Jumlah mereka tidak ramai, tetapi muqaddimah kepada perjuangan dan pengorbanan demi selamatkan Felda dari kemusnahan.”

Sumber: Malaysian Review
Nasib baik Generasi Baru peneroka Felda bangkit berjuang – Mazlan Aliman Nasib baik Generasi Baru peneroka Felda bangkit berjuang – Mazlan Aliman Reviewed by Faceless on 19:49 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.