Dr Mahathir alu-alukan pengarah Khazanah letak jawatan, kerajaan bukan balas dendam


Selepas 9 ahli lembaga pengarah meletak jawatan, Khazanah Nasional dicadangkan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. – Foto Bernama

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Pakatan Harapan (HARAPAN) membalas dendam apabila 9 pengarah Khazanah meletak jawatan antaranya Datuk Seri Nazir Razak adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kita tidak menganggap semua terlibat di dalam salahlaku, tetapi pentadbiran ini tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan.

“Perletakan jawatan beramai-ramai ini akan memberi ruang untuk menyusun semula Khazanah kerana polisi kami adalah berlainan dari pentadbiran sebelum ini.
“Kami percaya adalah bagus untuk memberi gaji yang tinggi tetapi kita tidak boleh sentiasa mengikut nilai ukuran pihak swasta.

“Kita mahu menumpu kepada ganjaran di dalam bentuk bonus yang berlandaskan kepada prestasi kerana ada sesetengah syarikat yang beroperasi pada tahap yang tidak memuaskan,” kata Dr Mahathir dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir juga berkata menjadi hak beliau untuk melantik ahli lembaga pengarah baru atau memindah serta menukar mereka.

“Perdana menteri mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baru atau memindahkan mereka ke syarikat lain atau pun mengekalkan sesetengah mereka untuk kesinambungan perjalanan syarikat,” jelasnya.

Semalam, Khazanah mengesahkan ahli lembaga pengarahnya meletakkan jawatan secara beramai-ramai selepas Dr Mahathir berkata Khazanah menyimpang daripada tujuan asalnya untuk membantu bumiputera terutama dalam pegangan saham.
Dr Mahathir alu-alukan pengarah Khazanah letak jawatan, kerajaan bukan balas dendam Dr Mahathir alu-alukan pengarah Khazanah letak jawatan, kerajaan bukan balas dendam Reviewed by Faceless on 00:12 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.