Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam


Lokman Noor Adam berkata dia memerlukan doa-doa orang teraniaya seperti bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Loading...

Calon Barisan Nasional Datuk Lokman Noor Adam berkata demikian selepas mengakui beliau sukar memenangi pilihan raya kecil Sg Kandis.

Lokman mengingatkan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum 9 Mei selepas membuat pelbagai dakwaan terhadap Najib, antaranya sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadi.

“Doa orang-orang teraniaya ini tidak ada hijab dengan Allah,”

“Saya yakin Najib orang teraniaya dan difitnah. Kehadiran beliau sedikit sebanyak menaikkan semangat dan daya juang saya.


“Rakyat sendiri boleh nampak hari ini tak ada pendakwaan ke atas Najib berhubung duit RM2.6 bilion itu,” katanya semasa berkempen di Sg Kandis seperti dilapor FMT.
Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam Reviewed by Faceless on 00:14 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.