Mahathir Bidas Najib Berhubung Kenyataan Berkaitan 'Era Lampau'



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaannya bahawa dasar Pakatan Harapan akan membawa negara ini kembali ke ’era lampau'.

Dalam kenyataan hari ini, Dr Mahathir berkata era lampau adalah era apabila Malaysia dikenali sebagai 'Harimau Asia'.

Istilah itu merujuk kepada beberapa negara Asia Tenggara yang mencatat pertumbuhan kukuh dari segi ekonomi pada 1990-an, sebelum tersungkur akibat dilanda krisis ekonomi Asia.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri tertanya-tanya sama ada rakyat ingin kembali ke era pentadbiran Najib ketika beliau menerajui negara ini sebagai perdana menteri.

"Adakah beliau berkata rakyat perlu dibawa kembali ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi yang dipimpin seorang kleptokrat?", katanya.

Najib dilaporkan membuat dakwaan itu semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.

-- BERNAMA
Mahathir Bidas Najib Berhubung Kenyataan Berkaitan 'Era Lampau' Mahathir Bidas Najib Berhubung Kenyataan Berkaitan 'Era Lampau' Reviewed by Faceless on 00:21 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.