Najib: Jangan lupa saya siapa, orang lebih suka sumbang mata wang asing


Bekas Perdana Menteri Najib Razak menjelaskan tentang penemuan wang tunai RM116 juta yang dirampas polis di kediaman yang dikaitkan dengan beliau selepas PRU14.

“Jangan lupa saya ialah Presiden Umno dan BN dengan 13 parti komponen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas mengenai wang tunai RM116 juta yang dirampas polis.

Loading...

“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos kempen pilihan raya sebenarnya dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda.

“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,” jelasnya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Najib itu memberitahu, terdapat duit miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang yang berbeza itu.


Ada beberapa wang milik saya sendiri kerana saya telah ke luar negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata wang asing.

“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” katanya.

Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan PRU14.

“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan Seri Perdana dalam masa dua jam,” jelasnya.
Najib: Jangan lupa saya siapa, orang lebih suka sumbang mata wang asing Najib: Jangan lupa saya siapa, orang lebih suka sumbang mata wang asing Reviewed by Faceless on 00:27 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.