AS cari individu bantu Jho Low bayar bil hotel, peguam


Jho Low mungkin menyamar bagi mengelak dikesan polis dan Interpol, beliau berdepan tujuh pertuduhan jenayah di Malaysia. – Foto ilustrasi The Star Online

The Wall Street Journal melaporkan Jho Low atau Low Taek Jho mendapatkan bantuan seorang ahli perniagaan warga Thai serta bekas penyanyi rap untuk menjadi perantara bagi memudahkannya membayar bil-bil yang diperlukan.

Dilaporkan ahli perniagaan serta bekas penyayi rap itu antara lain membantu Jho Low melunaskan bayaran fi guaman serta penginapan ketika aksesnya kepada sistem kewangan sedunia diekori dengan teliti.

“Jabatan Kehakiman (DOJ) sedang meneliti maklumat bagi menentukan pembabitkan ahli perniagaan Thai, Phengphian Laogumnerd, dan bekas penyanyi rap AS yang juga antara pengasas kumpulan hip-hop Fugees, Pras Michel, memainkan peranan membantu Jho Low membuat bayaran, kata pihak yang tahu hal itu.

“Selama sekurang-kurangnya setahun mereka berkata, Jho Low bergantung kepada Phengphian untuk membayar perbelanjaan penginapannya di Hong Kong dan Macau, selain fi guaman dan khidmat nasihat serta memastikan kapal persiarannya yang bernilai AS$250 juta, Equanimity, dilengkapi kakitangan serta diselenggara sepenuhnya sehinggalah ia disita awal bulan ini,” lapor WSJ.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) pihak berkuasa AS kini sedang mengesan dua individu terbabit dan penyiasat DOJ sedang meneliti segala rekod dan aliran wang yang ada kaitan dengan pelbagai syarikat milik Phengphian di Hong Kong, selain di Kepulauan British Virgin Islands bagi memastikan sama ada wang Jho Low terbabit atau tidak. - Malaysian Review
AS cari individu bantu Jho Low bayar bil hotel, peguam AS cari individu bantu Jho Low bayar bil hotel, peguam Reviewed by Faceless on 23:47 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.