Najib Razak mungkin akan mengulangi sejarah Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri semula. – Foto Najib Razak Malaysiakini BM
oleh Shahbudin Husin
Meskipun tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak
tetap menjadi bahan berita di media-media massa melalui pelbagai cara yang
terus dilakukannya sejak kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu.
Selain lebih kerap menulis di laman sosial untuk memberi
reaksi atau menjawab pelbagai isu yang dikaitkan dengan dirinya, Najib juga
beberapa kali memenuhi permintaan media bebas untuk menemubualnya secara
peribadi – suatu hal yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Loading...
Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut muncul di majlis
tertentu seperti baru-baru ini menghadiri majlis tahlil dan doa selamat pada
malam merdeka serta “berkelah” di Taman Tasik Perdana bersama kira-kira 100
orang penyokongnya sempena hari kemerdekaan.
Untuk menjadikan dirinya lebih dijadikan perhatian, Najib
juga selalu muncul di tempat-tempat awam seperti makan minum bersama
keluarganya serta pergi sendiri ke kaunter stesen minyak untuk membayar petrol.
Semua perlakuan Najib itu, sesuai dengan era media sosial di
mana semua orang ada kamera di tangan masing-masing dan kekerapannya yang
kadang-kadang sampai tiga kali sehari menulis di laman sosial untuk menjawab
isu-isu yang dituju atau terkait dengannya, ia dengan sendirinya menjadikan
beliau tidak pernah sunyi daripada muncul di dada-dada media.
Satu lagi kelebihan Najib ialah, walaupun ketika ini sedang
berhadapan dengan tujuh pertuduhan di mahkamah, di rumahnya ditemui wang dan
barangan kemas bernilai RM1.1 bilion serta diri dan keluarganya diperkatakan
ramai dengan skandal mega 1MDB, beliau tetap “sardin” seolah-olah tidak
bersalah dan suci bersih macam bayi yang baru dilahirkan.
Apakah tujuan Najib melakukan semua itu?
Bukankah dengan tujuh pertuduhan mahkamah yang sedang
dihadapinya dan banyak lagi bakal menunggu, beliau sepatutnya duduk diam-diam
dan memberi perhatian sepenuhnya kepada kesnya?
Apa lagi yang Najib mahukan sebenarnya?
Melalui maklumat daripada beberapa pihak yang rapat dan
merupakan penyokong kuatnya sebelum ini, Najib dilaporkan melakukan semua ini
bukan saja untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, malah sebagai persediaan
untuk membuat kemunculan buat kali kedua untuk merebut kembali kerusi Perdana Menteri
yang dalam PRU14 lalu terlepas kepada Tun Mahathir Mohamad.
Kecuali disabitkan dengan hukuman mahkamah yang melarangnya
daripada bertanding, Najib pasti akan terus menawarkan diri sekali lagi di
Parlimen Pekan.
Penyokong dan pentaksubnya percaya, berikutan kerajaan
Pakatan Harapan sedang berdepan pelbagai isu dan masalah sekarang ini, UMNO
mampu meraih kembali sokongan rakyat dan menang dalam pilihanraya akan datang.
“Tetapi UMNO hanya akan menang jika sedia melaburkan banyak
wang dan dalam hal ini hanya Najib yang ada duit serta sedia melaburkan
wangnya.
“Najib akan mengulangi sejarah Tun Mahathir yang berjaya
menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali,” kata penyokong dan pentaksub Najib
itu dengan penuh yakin.
Lagi pun, kata penyokong dan pentaksub itu, jika Tun
Mahathir yang berusia 93 tahun mampu melakukannya, apa yang mustahilnya dengan
Najib yang belum pun berusia 70 tahun?
Tentang persaingan menjadi Perdana Menteri jika UMNO menang
berikutan Najib tiada apa-apa jawatan kecuali Ketua UMNO Pekan, mereka
mengatakan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO tiada masalah untuk menyerahkan
jawatan itu kepada Najib berikutan dia adalah “budak Najib” buat
selama-lamanya.
Zahid Hamidi, kata mereka, akan bertolak ansur dan sedia
memberi laluan kepada Najib untuk kembali sebagai Perdana Menteri.
Najib akan ulangi sejarah Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dua kali
Reviewed by Faceless
on
19:13
Rating:
Saja tanya boleh lantik diri sendiri jadi PM....macam mana.
ReplyDelete