MELAKA - Kawasan Parlimen yang akan ditandingi Presiden PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumum bulan ini, kata Setiausaha Agung PKR Datuk
Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin, juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, berkata setakat ini tiga kawasan parlimen sudah disenarai
pendek untuk ditandingi Anwar, namun beliau enggan mendedahkan kawasan
tersebut.
"Bulan ini umum jika tiada apa-apa, kawasan mana itu
tunggu bila umum nanti," katanya ketika ditemui Bernama selepas Taklimat
Pemilihan PKR Negeri Melaka 2018 di Ayer Keroh di sini hari ini.
Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tidak akan
bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan membayangkan akan
membuat penampilan semula di Parlimen pada bulan depan.
Saifuddin berkata anggota PKR diminta memberikan sokongan
penuh kepada Anwar setelah pengumuman kawasan parlimen itu dilakukan dan
bersama bersatu sebagai sebuah jentera yang kukuh demi kemenangan parti itu.
"Anwar perlu sokongan dan dokongan yang kuat terutama
daripada anggota parti untuk menang seterusnya jadi perdana menteri.
"Bagaimana hendak serah jawatan perdana menteri (kepada
Anwar) sekiranya partinya kucar kacir dan tidak bersatu. Justeru kita perlu
bersama menyokong Anwar," katanya. - Bernama
Kawasan Parlimen ditandingi Anwar diumum bulan ini
Reviewed by Faceless
on
19:11
Rating:
No comments: