Foto: Kosmo
KUALA LUMPUR - Kabinet berpandangan adalah penting Islam
tidak ditonjolkan sebagai agama yang bengis dengan hukuman berat menanti
umatnya yang melakukan kesalahan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata demikian susulan kes dua wanita
dihukum sebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu
pada Isnin lepas setelah mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis di
dalam sebuah kereta di Dungun, 8 April lepas.
"Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah
agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan
orang," katanya ketika menyampaikan pandangan kerajaan Pakatan Harapan
berhubung perkara itu melalui media sosial hari ini.
Beliau menegaskan ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh
agama Islam.
"Ini adalah pendapat Kabinet. Kerajaan dan kami
berharap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam (seolah-olah) sebagai agama
yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa," katanya. - Bernama
Penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama bengis, hukuman berat - PM
Reviewed by Faceless
on
01:56
Rating:
No comments: