Bekas pengarah Yayasan kerajaan Perlis direman berhubung pembelian tanah - SPRM


Seorang bekas pengarah sebuah yayasan milik kerajaan negeri direman empat hari berhubung salah guna kuasa pembelian dua lot tanah bernilai lebih RM1.8 juta pada 2014 dan 2015.

Majistret Monica Joseph Gaisah membenarkan lelaki berumur 61 tahun itu direman mulai hari ini sehingga Selasa (15 Jan) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar kerana menghidapi masalah jantung.
Loading...


Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, permohonan reman terpaksa dibuat di HTF kerana lelaki berkenaan masih perlu dipantau oleh doktor selepas beliau menjalani pemeriksaan kesihatan malam tadi.

Katanya, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Perlis kira-kira 3.13 petang semalam semasa hadir memberi keterangan berkaitan pembelian dua lot tanah tersebut.

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit menggunakan jawatan dan kedudukannya ketika itu bagi membeli dua lot tanah di Mukim Kurong Anai di Perlis bernilai lebih RM1.8 juta tanpa kelulusan anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.

Menurut sumber itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tiga hari lepas, seorang pengurus kuari sebuah yayasan milik kerajaan negeri berumur 53 tahun dan seorang broker berumur 51 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes sama. - Bernama
Bekas pengarah Yayasan kerajaan Perlis direman berhubung pembelian tanah - SPRM Bekas pengarah Yayasan kerajaan Perlis direman berhubung pembelian tanah - SPRM Reviewed by Faceless on 00:04 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.